Thursday, July 2, 2015

WARGA BARU SKHM

Selamat datang dan selamat bertugas kepada beberapa orang guru yang baru berpindah ke SK Hutan Melintang.Semoga dengan kehadiran puan-puan dapat menjadikan SKHM terus maju di puncak kecemerlangan..

PN.BUVANI
PN.ELLY
PN.HAFIZAH
PN.ZUBAIDAH
PN.MAZLINA

Sunday, June 14, 2015

LAGI PERTUKARAN GURU ...

Warga sekolah berasa kehilangan apabila dua orang guru telah menerima surat pertukaran bermula bulan Jun 2015.Cikgu Khairman Jalil telah menerima surat pertukaran kenaikan pangkat ke SK ulu Bernam manakala Ustazah Rofidah bt Nasir bertukar ke SK sg.Nipah.Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada dua orang guru tersebut atas jasa dan bakti yang telah diberikan selama bertugas di SK Hutan Melintang.


Tuesday, May 12, 2015

PERTUKARAN GURU

SK Hutan Melintang kehilangan guru lagi apabila Cikgu Mohd Ammar b. Hasan telah menerima surat pertukaran bermula 4hb Mei 2015.Beliau ditukarkan ke SK Sg.Lampam.Warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan selama ini.


Sunday, March 29, 2015

PERTUKARAN GURU

Warga sekolah menerima perkhabaran sedih apabila tiga orang guru telah mendapat surat arahan tukar sekolah atas faktor kepentingan perkhidmatan.Pertukaran guru tersebut berkuatkuasa pada 1 April 2015.Guru yang terlibat ialah :
1. En.Amenuddin b. Abd Aziz - ke SK Simpang Empat
2. En.Noo rAzaman Hj Ahmad - ke SK Sungai Pulau
3. Pn.Harlina bt Sabran - ke SK Sungai Pulau

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru tersebut atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan kepada sekolah.
Cikgu Amenuddin

Hj Noor Azaman

Pn.Harlina

MESYUARAT AGUNG PIBG

Ucapan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Ke 41 yang diadakan pada 28hb Mac 2015.

SELAMAT BERSARA

Warga SK Hutan Melintang merakamkan ucapan selamat bersara kepada Pn.Sarojin AG.Naidu yang telah menamatkan perkhidmatan pada usia 60 tahun.Majlis persaraan telah diadakan pada 13hb Mac 2015 di Dewan Terbuka Sekolah.


Sunday, February 22, 2015

STAF BARU 2015

PN.HUSNA
PN.SA'DIAH
PN.ZAINUN
PN.NORHAIDA
PN.ASMAA

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.