Monday, September 15, 2008

Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6


16 Sept. Pada hari ini seramai 45 orang murid SK Hutan Melintang yang beragama Islam sedang menduduki Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam tahun 6. Peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Guru Besar ini mengandungi dua kertas soalan peperiksaan iaitu kertas Pendidikan Islam dan kertas Jawi.




Semua murid dikehendaki menduduki peperiksaan ini untuk membolehkan mereka layak untuk memohon sekolah agama kerajaan negeri , SMKA atau SBP. Murid juga akan diuji secara lisan tentang kebolehan bacaan Al-Quran dan Hafazan Al-Quran mereka untuk mereka memperolehi sijil ini. Ujian lisan bacaan Al-Quran dan Hafazan Al-Quran telah pun dijalankan bermula pada bulan Julai sehingga bulan September. Markah yang mereka perolehi akan dihantar ke Pejabat Pelajaran Negeri untuk diproses dan dikeluarkan sijil.




Kertas soalan Pendidikan Islam peperiksaan ini mengandungi 40 soalan objektif dan 10 soalan subjektif manakala Jawi dijawab dalam soalan subjektif. Tajuk-tajuk pelajaran yang terkandung dalam soalan peperiksaan ini merangkumi tajuk pelajaran tahun 4, 5 dan 6.




Selamat berjaya diucapkan kepada semua calon..

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.