Sunday, January 11, 2015

UCAPAN TAHU BARU 2015



Asalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera Warga SKHM.
Selamat Tahun Baru 2015 dan bermulanya sesi persekolahan yang baru. Pelbagai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan bagi mencapai visi sekolah yang telah ditetapkan. Semoga kita semua mempunyai azam dan iltizam yang sama untuk mencapai wawasan yang diharapkan.
                Cabaran kita dalam usaha merancang, melaksana, dan memastikan hasrat kita mencapai visi sekolah haruslah dilakukan secara penuh iltizam dan istiqamah. Tindakan dan pemikiran kita difokuskan untuk mencapai perkara-perkara berikut:
                                Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan
                                Kecemerlangan Akademik
                                Kecemerlangan Sahsiah
                                Kecemerlangan Kokurikulum
                                Kecemerlangan Komunikasi
      Kecemerlangan Budaya dan Iklim Sekolah
                Justeru, marilah kita mengatur langkah dan bergerak seiring bagi melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Semoga semua tindakan kita dapat memenuhi intipati yang dinyatakan dalam  Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia  2013 – 2025.
Semoga segala komitmen dan integriti kita diberkati dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
                                Ada wawasan, tiada tindakan ~ mimpi
      Ada tindakan, tiada wawasan ~ buang masa
      Ada wawasan, ada tindakan   ~ mampu mengubah dunia

“SKHM  UNGGUL:  SISTEMATIK ~ KOMITED ~ INTEGRITI”

ZAINAL BIN BAHARI
GURU BESAR.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.